Pages

Ahad, September 28, 2008

Menjelang AidilFitri

Isnin pagi. Hujan turun renyai-renyai dan cuaca begitu sejuk. Kesian orang jauh yang nak balik kampung beraya. Tapi, bagus juga kalau sejuk begini. Tak ngantuk kalau drive.
Janji dengan Awfiyah nak beli baju raya yang baru. Kesian dia, baju yang ditempah hari tu, tak kemas, Kena tetas dan baiki semula. Tentu tak dan siap. Semua tukang jahit sibuk sekarang. Jadi... oklah, kena beli yang siap di Kuala Ketil. Untuk Athilah, semua dah siap. Baju, tudung dan kasut (dia pilih sendiri) semua ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan