Selasa, Mei 31, 2011

Kisah Seekor Burung



Kisah ini berlaku di benua Amerika. Pada musim sejuk,seekor burung terbang ke
arah selatan untuk mencari tempat yang panas. Oleh kerana cuaca terlalu sejuk,
burung itu kesejukan hampir membeku dan jatuh di atas sebuah ladang yang luas.


Semasa burung itu terbaring di padang, datang seekor lembu untuk makan rumput. Semasa sedang makan, lembu itu membuang air besar. Sebahagian 'tahi' lembu jatuh ke atas burung yang sejuk membeku itu. Apabila burung itu menerima haba kepanasan 'tahi' lembu, burung itu tersedar. Tahi lembu itu telah menyelamatkan nyawanya!

Burung itu masih berada di dalam 'tahi' lembu sambil menikmati kehangatan dan mula berbunyi gembira.."cip...cip...cip!!".

Sementara itu, seekor kucing yang kelaparan sedang melalui kawasan itu dan mendengar siulan burung. Dia pun datang menghendap-hendap untuk menyiasat bunyi yang didengarnya. Dia mendapati ada seekor burung di dalam tahi lembu. Tanpa berlengah, kucing itu menggali tahi lembu dan memakan burung tersebut.
 


Morals of the story:
   1.   Seseorang yang membuang  'tahi' ke atas kamu belum tentu adalah  musuh.


   2.  Seseorang  yang mengeluarkan kamu dari "tahi' belum tentu adalah kawan.


   3.  Apabila kamu berada dalam"tahi"
, adalah lebih baik kamu diam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan