Pages

Khamis, Ogos 25, 2011

Pramugari Dan Ulama


Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu lalu menegurnya…

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!.

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh!... Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!

Moral of the story ?....Fikirlah sendiri.

Rabu, Jun 29, 2011

Rokok Tidak Membahayakan Kesihatan ?

Sekarang ini rata-rata orang bercakap mengenai bahaya rokok. Saya berharap mulai sekarang mereka tidak perlu khuatir dan merasa takut lagi kerana dari penyelidikan beberapa pakar kesihatan mengatakan rokok itu sama sekali tidak membahayakan kesihatan. Bahkan mereka berusaha membuktikannya dengan kisah-kisah yang sudah lama terpendam sejak zaman dahulu kala.
 Dari kisah-kisah yang mereka selidiki, ternyata nenek moyang kita secara tidak sengaja telah menemukan bukti bukti bahawa rokok tidak berbahaya bagi si-pengisap rokok, bahkan kenyataannya penghisap rokok tetap sihat  walafiat.

Kisah Seekor Kucing

 Seorang penjual daging melihat-lihat suasana di sekitar gerainya. Ia sangat terkejut melihat seekor kucing datang ke samping gerainya. Ia mengusir kucing itu, tetapi kucing itu kembali lagi.

Lalu, dia menghampiri kucing itu dan melihat ada suatu catatan di mulut kucing itu. Dia mengambil catatan itu dan membacanya,

Cerita Perangkap Tikus



Dalam sebuah kampong, tinggal seorang petani bersama isterinya. Rumah mereka terletak di hujung kampong berdekatan dengan hutan. Petani itu memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing dan lembu.

Suatu hari, petani pulang dari dari pasar selepas membeli keperluan harian. Dia membeli berbagai barang termasuklah perangkap tikus. Sang Tikus yang berada di atas bumbung rumah terkejut bukan kepalang bila melihat perangkap tikus yang dibawa oleh petani itu. Tanpa berlengah, Sang Tikus berlari ke kandang ternakan dan berteriak,

Selasa, Mei 31, 2011

Kisah Seekor Burung



Kisah ini berlaku di benua Amerika. Pada musim sejuk,seekor burung terbang ke
arah selatan untuk mencari tempat yang panas. Oleh kerana cuaca terlalu sejuk,
burung itu kesejukan hampir membeku dan jatuh di atas sebuah ladang yang luas.