Pages

Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 25, 2011

Pramugari Dan Ulama


Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu lalu menegurnya…

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!.

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh!... Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!

Moral of the story ?....Fikirlah sendiri.

Rabu, Jun 29, 2011

Kisah Seekor Kucing

 Seorang penjual daging melihat-lihat suasana di sekitar gerainya. Ia sangat terkejut melihat seekor kucing datang ke samping gerainya. Ia mengusir kucing itu, tetapi kucing itu kembali lagi.

Lalu, dia menghampiri kucing itu dan melihat ada suatu catatan di mulut kucing itu. Dia mengambil catatan itu dan membacanya,

Cerita Perangkap Tikus



Dalam sebuah kampong, tinggal seorang petani bersama isterinya. Rumah mereka terletak di hujung kampong berdekatan dengan hutan. Petani itu memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing dan lembu.

Suatu hari, petani pulang dari dari pasar selepas membeli keperluan harian. Dia membeli berbagai barang termasuklah perangkap tikus. Sang Tikus yang berada di atas bumbung rumah terkejut bukan kepalang bila melihat perangkap tikus yang dibawa oleh petani itu. Tanpa berlengah, Sang Tikus berlari ke kandang ternakan dan berteriak,

Selasa, Mei 31, 2011

Kisah Seekor Burung



Kisah ini berlaku di benua Amerika. Pada musim sejuk,seekor burung terbang ke
arah selatan untuk mencari tempat yang panas. Oleh kerana cuaca terlalu sejuk,
burung itu kesejukan hampir membeku dan jatuh di atas sebuah ladang yang luas.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Takut jadi batu...


Ada dua orang budak lelaki yang sudah mencapai akil baligh, iaitu Amad dan Bada sedang bermain di tepi sungai. Tiba-tiba Bada masuk ke dalam semak yang kebetulan ada di tepi sungai. Amad menunggu sambil kehairanan tapi setelah menunggu beberapa lama, Bada tidak juga keluar-keluar dari semak itu.

Amad ingin tahu apa yang berlaku, lalu ia pun masuk dalam semak tersebut.

Jumaat, Januari 15, 2010

Dah Sama-Sama Tua..




Di dalam sebuah kampung, ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorang diri di rumahnya. Anak-anak sudah besar dan semua bekerja di bandar. Ada anaknya mengajak tinggal dengan mereka di bandar, tapi siduda ini menolak kerana lebih selesa tinggal di rumahnya sendiri di kampung. Sudah lebih 6 tahun hidup menduda selepas isterinya meninggal dunia.

Berdekatan rumahnya pula ada seorang janda yang agak berumur dan juga tinggal seorang diri. Sudah bertahun-tahun mereka berjiran dan sering bertemu dan bersembang ketika kesunyian.

Suatu hari pada waktu petang, siduda duduk berehat di bawah pokok rambai merenung ke arah rumah sijanda. Sijanda perasan dan datang menegur siduda.

"Pak Uda oi… Apa yang dimenungkan tu?"

"Saya ada perkara nak bagi tahu awak ni, Mak Jan." ujar Pak Uda

"Apanya Pak Uda? Serius aje bunyinya" berkerut dahi Mak Jan melihat muka Pak Uda.

Siduda merenung sijanda, l
alu dengan kekuatan yang pada dirinya, dia berkata,
"Saya ini teringin nak beristerikan awak. Sudi tak?"

Sijanda tersenyum dan diam seketika.

” Hmmm...sudi ”jawab Mak Jan dengan suara perlahan malu-malu.

Kemudian mereka pun berborak seketika. Tak lama kemudian, Mak Jan minta izin untuk pulang ke rumahnya kerana hari sudah menjelang senja.

Pada malam tu, siduda rasa gelisah. Dia tidak ingat jawapan yang diberi oleh sijanda petang tadi. Adakah dia sudi atau tak? Memori dah lemah. Nak buat macam mana?

Setelah berfikir bersungguh-sungguh, siduda tidak juga mendapat jawapan. Jadi terpaksalah dia bertanya sekali lagi kepada sijanda. Siduda pun telefon sijanda itu kerana nak pergi ke  rumah tidak molek pulak kerana sudah malam begini. Nanti lain pula jadinya.

"Helo Mak Jan. Pak Uda di sini. Saya nak bertanya,almaklum sudah tua mudah lupa.
Petang tadi saya tanya awak,sudikah awak kahwin dengan saya.. Apa yang awak jawab?"

"Saya jawab ,sudi..ikhlas dari hati. Err.. nasib baik awak telefon saya, Pak Uda ..."

”Kenapa ?...”Siduda bertanya kerana berasa pelik dengan ayat terakhir sijanda.

"Saya pun lupa siapa yang ajak saya kahwin petang tadi ..."


Khamis, Januari 07, 2010

Cerita Yang Paling Sedih

Pernah dengar tak cerita yang paling sedih.. cukup sedih.

Suatu ketika di Kuala Lumpur, ada tiga anak muda yang bekerja sebagai eksekutif dan tinggal bersama di pangsapuri yang mewah. Rumah mereka terletak di tingkat yang paling atas, iaitu tingkat 30. Punyalah hebat, bila jenguk di tingkap, akan nampak pemandangan seluruh bandaraya KL yang indah.

Suatu petang bila balik dari kerja, sesampai di pangsapuri ,mereka nampak ramai orang berada di kawasan lif. Ingatkan ada kemalangan ke, rupa-rupanya lif rosak.  Apalagi mereka bertiga pun mengeluh sakan. Mula-mula tu, tunggu juga la, mana tau kalau ada orang datang baiki. Tapi selepas satu jam, tak ada apa-apa perkembangan. Hari dah semakin gelap, badan pun dah berlengas. Last sekali, mereka bertiga ambil keputusan untuk panjat tangga. Bayangkan tingkat 30 nak panjat tangga, mau terlucut kepala lutut!.

Semasa sampai di tingkat 2, seorang dari mereka membuat cadangan.
 ” Apa kata kita bercerita, supaya tak rasa letih. Tapi tak boleh la cerita lawak, nanti letih pasai banyak gelak. Kita cerita yang sedih-sedih”katanya.

Maka, pemuda yang pertama pun mula bercerita sambil mereka memanjat tangga. Kisah dia masa kecik-kecik dulu hidup susah. Kena motong getah, makan nasi lauk ikan masin. Sedih sungguh cerita dia, sampai meleleh air mata. Bila habis cerita, tak sedar pun dah sampai tingkat 15.

Giliran pemuda yang kedua pula bercerita. Dia pun bercerita mengenai masa dia mula-mula mai KL, susah hidupnya. Menumpang rumah kawan. Kadang-kadang tak makan nasi dua tiga hari (tapi makan roti, kalau tidak, mati laa). Buat kerja macam-macam, kena halau pasai tak bayar sewa rumah dan lain-lain lagi. Punyalah sedih sampai kawan-kawan yang dengar pun meleleh air hidung kesedihan. Bila habis cerita yang panjang lebar tu, rupanya dah sampai tingkat 25. Dah dekat, lagi 5 tingkat. Baju pun dah lencun semuanya kerana berpeluh.

Giliran pemuda yang ketiga pula bercerita.

” Cerita aku adalah cerita yang paling sedih sekali” katanya sambil meraba-raba poket seluarnya.

” Ceritalah, kami nak dengar” jawab kawannya.

”Ceritanya begini, kunci rumah kita, aku tertinggal di bawah nuu..dalam kereta!”

Apa lagi, hu..hu.. kedua-dua kawannya meraung... kesedihan.