Rabu, Jun 29, 2011

Rokok Tidak Membahayakan Kesihatan ?

Sekarang ini rata-rata orang bercakap mengenai bahaya rokok. Saya berharap mulai sekarang mereka tidak perlu khuatir dan merasa takut lagi kerana dari penyelidikan beberapa pakar kesihatan mengatakan rokok itu sama sekali tidak membahayakan kesihatan. Bahkan mereka berusaha membuktikannya dengan kisah-kisah yang sudah lama terpendam sejak zaman dahulu kala.
 Dari kisah-kisah yang mereka selidiki, ternyata nenek moyang kita secara tidak sengaja telah menemukan bukti bukti bahawa rokok tidak berbahaya bagi si-pengisap rokok, bahkan kenyataannya penghisap rokok tetap sihat  walafiat.


Di zaman dahulu kala, ada tiga orang bersahabat. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

Si – Ali  (suka main perempuan)
Si - Busu (suka minum minuman keras)
Si - Ucop (suka segala jenis rokok)

Suatu hari ketiga bersahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah lampu (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu mengosok-gosok lampu ajaib tersebut. Kemudian asap keluar dari corong lampu tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makhluk yang menyeramkan iaitu  jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa dan berkata: "Ha.. ha.. ha... "Akulah Jin Ifrit! Kerana kamu telah membebaskan aku dari lampu itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian".

Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berfikir tentang peluang memenuh ihajat  masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih hajat mengikuti "kegemaran" masing-masing.

Berkatalah si Ali, "Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.
"Alakazammm ........!! dengan sekelip mata jin itu menyempurnakan permintaan si Ali.

Berkata si Busu, "Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.
"Gedeboommmm ......... !! dengan sekelip mata jin itu menyempurnakan permintaan si Busu.

Berkata pula si Ucop, "Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.
“Zeeessssss.......... !! dengan sekelip mata jin itu menyempurnakan permintaan si Ucop.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si Ali, ketika dibuka maka keluarlah si Ali dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tak boleh kerana tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan. Tiba-tiba si A pun jatuh ketanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si Busu, ketika pintu dibuka maka keluarlah si Busu dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari mabuk. Jalan pun terhuyung-hayang. Tiba-tiba si Busu pun jatuh ketanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si Ucop dan membuka pintu gua. Tiba2 si Ucop keluar dalam keadaan SiHAT WAL'AFIAT dan terus menampar si jin, sambil memaki si jin dan berkata:
“Jin bodoh, bangang!!!! Mancisnya mana???”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan